Sombong
merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi
alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan
Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka’bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut,
diliputi oleh kehinaan dan diberi minum “Thinatul Khabaal” yakni darah
bercampur nanah daripada ahli neraka.
Sifat sombong
atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah
dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri
seseorang itu ada penyakit sombong ialah:
1. Suka
memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih
rendah taraf darinya.
2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain
terutama orang di bawahnya.
3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik,
berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan
kebesaran Allah samasekali.
6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak
penting.
8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.
Apakah
ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong,
dan kita dalam kemurkaan Allah.
Sifat sombong
jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia,
susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun
yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi.
Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia
pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.
Lihatlah pada
kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para
malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut
Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun
ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah
sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
“Wahai diri…kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan
seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan,
firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung
azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang
isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah
dengan siksaan itu??”
Sebagai
penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Shlolawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.
InsyaAllah
kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :
“Janganlah
kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit.”
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah
semoga kita
tidak termasuk sebagai orang-orang yang sombong karna sombong merupakan sifat keji
yang dibenci oleh allah SWT.
About Me
Welcome To The Blog Safar Septianto
Jam
Hiasan Cursor
░░░░░░░░░░░░▄▄ ░░░░░░░░░░░█░░█ ░░░░░░░░░░░█░░█ ░░░░░░░░░░█░░░█ ░░░░░░░░░█░░░░█ ██████▄▄█░░░░░██████▄ ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█ ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█ ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█ ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█ ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█ ▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░██ █████▀░░░░▀▀████████ ╔╗═══╔╦╗ ║╚╦═╦╝╠╬╦╦╦╦╦╗ ║║║╬║╬║║╔╣╔╣╔╝ ╚╩╩╩╩═╩╩╝╚╝╚╝ ▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
safar septianto. Diberdayakan oleh Blogger.
Followers
Sabtu, 18 Agustus 2012
Ciri-ciri orang yang sombong
Diposting oleh Safar Septianto di 02.10
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar